Saturday, 25 June 2016

Ikan Pari Gulai Tempoyak ummpp !

Hi Semua , lama tak update blog ..since umur makin tua nie aku dah rasa malas nak menulis kat sini , banyak yang merewang-rewang dekat kepala tapi tak satu pun tertulis ,hohoho ..Ok kite "prosittt" , Harinie rasa macam nak share resepi pulak sementara tengah tunggu waktu berbuka ,.

First of all aku mintak maaf nak bagitahu awal-awal ,,kalau tak faham boleh lah PM tepi kalau tak faham juga, baca lah bismillah dulu sebelum baca entry aku nieh,mudah-mudahan senang faham. Resepi aku main campak-campak je tau,kalau nak follow silakan kalau taknak tak mengapa ,tiada paksaan mahupun seksaan dikenakan ,then aku bukan jenis yang tengah masak duk sebuk nak snap picture setiap step yang aku buat then upload untuk jadi bahan dekat blog nie,. Yang aku cuma boleh tolong ialah terangkan cara-cara nak masak ikan pari gulai tempoyak dalam ayat yang mudah korang nak faham sebab aku tap sambil acah-acah bercerita dekat korang , maklumlah semua yang baru-baru cuba nak masak nieh kompem-kompem pilih resepi yang paling simple mimple untuk dorang cuba masak .Alahhh ,! normal lah tu , aku dulu belajar masak pun kadang tengok google jugak , agak-agak bahan dia merepek meraban memeyy idokk ler teman nak follow step dia masak .. Banyak pulak yang dibebelkan ,dah jum masakk !

Bahan-bahan yang kena ada :

Ikan pari , korang amik lah sebelah lepas tu potong ikut besar mana yang nak then asingkan .
Cari serai dalam satu dua batang lepas tu tumbuk pakai lesung ,takpayah tumbuk sampai hancur , tumbuk agak-agak kemik tu cukup lah .
kunyit hidup sikit anggaran panjang dalam setengah ibu jari korang .tumbuk kan dengan cili padi 7 biji ,
asam keping standby 1 kalau masam dia tak rasa sangat korang boleh letak tak letak pun takpe.
daun kunyit 2 helai disimpul .,simpul elok-elok karang terkoyak pulak daun tu !
last sekali  tempoyak ,benda nie jangan lupa pulak .nanti tak menjadi karang gulainya .


okeyy ,cara-caranya pula korang campurkan je semua sekali dalam satu periuk ,bubuh air sikit garam sikit ,gula sikit .selaraskan rasa ikut yang korang nak ,.tunggu sampai didih then dah boleh siap dihidang .. .

Tadaaaa ! dah siap lauknya .  ,gambar real okey  bukan cilok google.

p/s :Jangan tanya aku kenapa tak tumis,tak letak santan tak letak itu tak letak ini sebab aku hanya mengikut arahan opah yang agak samar-samar resepinya .


sweet fariqalia ツ

0 ulasan: