Monday, 18 January 2016

Hidup ,Mati ,Akhirat ...

Kadang-kadang bila terfikir kan tentang hari akhirat 
yakni hari pembalasan bila tibanya kiamat ,
secara automatik jantung akan berdebar dengan kuat ...
peluh dingin sudah mulai kelihatan di dahi,
terasa sofa yang ku duduk tidak seselesa seperti selalu..
deyut nadi yang tadi perlahan langsung bergerak dengan lebih laju..

Terlintas difikiran akan dosa-dosa lalu yang pernah 
dilakukan antara sedar mahupun tidak .
lantas bertanya ku sendirian layakkah diri ini menjadi salah seorang dari penghuni syurgamu yang indah nanti Ya Allah... ?
 sedangkan dosa-dosa yang pernah ku lakukan tak terkira banyaknya oleh jari ...
 diri ini terlalu leka dengan syurga dunia yang nampak serba serbi sempurna hakikatnya semua palsu semata .

Teringat akan kata-kata seorang ustaz ..
bila di padang masyar nanti kita hanya seorang diri sahaja ,
even ibu ayah kita pun kita sudah tidak kenal,apa lagi mahu meminta pertolongan daripada sesiapa..

sudah bersediakah kita..???
otak ku ligat berfikir berkenaan hal hal yang menyesakkan jiwa ..,
bersoal dalam hati tentang bagaimana cara aku mati nanti,??
adakah aib-aib ku akan ditutup ??
sudah banyakkah amalan ku untuk menebus dosa dosa lalu??

.. Hanya Allah swt sahaja yang tahu .. semoga diberikan rahmat dan hidayah untuk ahli keluarga ,insan tersayang ,sahabat handai dan seluruh insan yang berada di dalam dunia ini..

**Maaf andai tersilap dalam berbicara ,tersinggung mana-mana pihak.saya menulis mengikut rasa, maaf juga untuk penguasaan bahasa melayu, tatabahasa mahupun tatasusila yang lemah untuk entry kali nie ..


sweet fariqalia ツ

0 ulasan: