Saturday, 14 November 2015

Bila Hidup Penuh Dengan Alasan !


Kelakarnya rasa bila nak kan macam-macam tapi tak ada usaha ke arah itu ...
kau nak beli barang tu kau nak kan barang nie tapi kau taknak kerja, kau taknak usaha cari kerja, "even" nak capai laptop depan mata untuk mencari maklumat tentang kerja-kerja kosong yang ada pun kau dah rasa macam separuh daripada diri kau melayang-layang.Menulis resume yang tak makan masa yang lama untuk kau siapkan pun kau dah rasa macam menjawab soalan SPM tahun 2011.
kau mengharapkan dapat kerja bagus macam orang lain tapi alasan beribu alasan yang kau bagi .

Sedihnya rasa bila nak jadi macam orang lain yang dah tahu serba serbi, yang dah reti macam-macam tapi kita still lagi tak ada keberanian nak keluar daripada "takok" yang lama, masih lagi berangan menunggu rezeki yang kau sangka akan datang bergolek tergelek-gelek tepat dekat muka kau... 
Kau nak melawa jadi cantik ,nak badan kurus dapat "cutting" body yang tiptop tapi diri sendiri pun tak reti nak workout dengan makan tak pantang ,main sebat je ape yang ada kat depan mata ,kebersihan diri tak terjaga . how can lah suatu masa nanti kau nak jaga suami n anak-anak kau sedangkan diri sendiri pun tak reti nak uruskan lagi . ??

paling hina rasanya bila diri sendiri lebih petah berbicara di laman sosial daripada bercakap secara langsung di dunia yang nyata, berdepan dengan semua orang untuk menegakkan kan fakta mahupun auta yang kau buat, dimanakah keberanian yang datang semasa berada di media massa tadi ?? adakah hilang kerana dek tidak yakin pada diri apabila menuturkan bicara bila berdepan dengan masyarakat ? Mengkritik orang lain kau  pandai ,hakikatnya kau lebih teruk daripada yang kau rungutkan tadi .

Akhir Kata daripada saya ,majulah sukan untuk negara . !
**Maaf untuk penguasaan bahasa melayu, tatabahasa mahupun tatasusila yang lemah

sweet fariqalia ツ

3 ulasan:

Nature Boy said...
This comment has been removed by the author.
Nature Boy said...
This comment has been removed by the author.
Buat Wanita said...

betul, jangan banyak sangat alasan yer