Monday, 14 April 2014

HinaNya Aku Sebagai hamba Mu

i copying the same text that i read this morning. Kesah Benar yg aku lalui.
Semalam semasa aku tengah sedap lunch tetiba2 datang seorang pakcik tua duduk di sebelah aku. macam biasalah, aku pelawa makan secara ajak2 ayam. Packik tua tu kata ''bismillh, silakan''. aku pun sambung makan. tapi selera aku macm tertutup sebab bau peluh pakcik tu tak menyenangkan. bila dia tak nmpak aku tutup hidung, rupanya pakcik tu perasan aku tutup hidung. dia beralih sikit dari aku, beralih pun sikit sebab dah takde ruang kosong. pakcik tu order nasik dengan telur goreng dan kuah kari kosong. tetiba meja kat sebelah aku ada budak sekolah menangis, mungkin dia di darjah 4 atau 5. semua pelanggan pandang je budak tu. lepas Pakcik tu basuh tangan, dia gi kat budak tu bertanya kenapa menangis. budak tu kata duit dia hilang tak boleh nak bayar makanan, dia tak de duit tambang bas untuk balik. pakcik tu masih becakap dgn budak tu, orng lain tak kesah termasuk aku. 

Pakcik tu panggil mamak suruh kira jumlah makanan budak tu dan dia bayarkan. aku nampak di tangan pakcik berbaki RM30 (Note RM 20 + RM 10). Yg RM20 tu dia beri kat budak tu, katanya ''ambik ni buat tambang balik'' dan yg RM 10 dia masuk kocek. Budak tu kata, 'banyak ni atok. tambang saya RM 1 dan 50sen je'. Pakcik tu jawab "duit awk yg hilang tadi kuasa Allah, dan yg awk dapat lebih ni pun kuasa Nya" Budak tu terus cium tangan pakcik tu sambil bekata "thank you atok" dia pun belari melintasa jalan, apabila bas sampai. dia nak sambil melambai2 kat pakcik yg aku anggap busuk tadi. pakcik pun beredar dari kedai tu menuju ke basikal dia, baru aku perasan kat atas basikalnya ada mesin pemotong rumput. Aku terpegun sekejap, hti aku terkedu., betapa mulianya seorng tua yg hanya ada sebuah basikal dgn mesin pemotong rumput.

selama ini aku bermegah dgn kesenangan dan kenudahan yg serba lengkap. Aku tak ada jiwa macm pakkcik yg aku kata busuk tadi. Aku malu, aku tak malu kepada pelanggan, aku tak malu kepada mamak kedai sebab dia orng pun macam aku tadi tapi aku malu kepadaNya. sebab aku tidak berfikiran semacam pakcik tadi. Akhirnya, di situ juga aku menadah tangn dan berdoa kepada Allah. "YA ALLAH KAU TEMUKAN LAH AKU DENGAN PAKCIK TU SEBELUM DIA ATAU AKU MENEMUI MU, AMIN" Baru aku sedar, manusia tak perlu memiliki banyak benda tapi memadai dgn sedikit fikiran dan secubit keiklasan.

sweet fariqalia ツ

0 ulasan: