Friday, 27 December 2013

Aku bukan sahabat dan kawan yang baik pada teman-temanku...

Kerana aku masih belum mampu menjaga hubungan baik dengan Allah, dengan dosa dan maksiat yang banyak...

Mana mungkin aku mampu menjaga hubungan baik dengan manusia jika hubungan dengan Allah jauh tak terjaga...

Menjauhi sahabat kadang bukan kerana benci dan marah, bimbang sepanjang keberadaan bersamanya akan membuatkan dia sakit dan kecewa...

Bila berjauhan mungkin akan membuatkan dia selesa dan tenang dengan kurangnya satu masalah yakni aku..

Apa yang kita sangka belum tentu ianya benar..
Apa yang kita tahu belum tentu ianya pasti..
Apa yang buruk sangka itu belum tentu buruk..
Kita lupa memandang kasih sayang Allah..
Kita lupa memandang hikmah ketetapan Allah..
Kita lupa kita hamba Allah..
Kita lupa yang kita akan kembali pada Allah...

Pertuturan yang gagal ku kawal...
Kelakuan yang gagal ku kawal...
Membuatkan aku merasa bahawa aku lah yang kawal rupanya aku lupa Allah yang kurnia, lupa meminta pada Allah..

Malu dengan Allah...

Credit : Mohd Hafizuddin

sweet fariqalia ツ

0 ulasan: