Saturday, 6 April 2013

~ Muhasabah diri & Menginsafi diri ~

Hamba yang hina ini sedang menangisi Dosa-dosa yang telah banyak berlalu pergi Tanpa ada satu pun dikesali. 

Bila terasa ajal makin menghampiri Lemah segala urat dan sendi Mengenang kembali dosa yang tak terbilang dgn jari .

Saat aku kembali Kesisi Mu ya Rabbi Izinkan aku mengucap kalimah suci .




ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, 
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” 
(At-Tahrim: 8.) 

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: 
“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(Az-Zumar: 53) 

bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31) 

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”.
 (Ali-Imran, 133).



sweet fariqalia ツ

0 ulasan: