Sunday, 17 March 2013

aku malu Pada-Mu YA ALLAH !


Aku malu pada Allah
kerana akulah hamba yang saban waktu berjanji pada Nya
namun....
akulah juga yang memungkirinya.

Aku malu pada Allah
kerana akulah hanya hamba kecil kerdilnya
namun....
diri ini sarat dan berat dengan beban dosa padaNya

Aku malu pada Allah
kerana akulah hamba yang sering meminta itu dan ini pada Nya
namun...
sering pula terlupa untuk mensyukurinya nikmat Nya

Aku malu pada Allah
kerana akulah hamba yang saban waktu hidup atas ihsan dan rahimNya
namun...
diri ku masih terlalu berkira untuk mengorbankan rehatku demi beribadah padaNya

Sesungguhnya, aku benar-benar malu padaMu Ya Allah.

sweet fariqalia ツ

0 ulasan: